YAN, KEDAH. 02 MAC 2024 - Perjumpaan bersama calon APBN Daerah Yan telah diadakan untuk penyerahan surat sokongan dari Majlis Belia Daerah Yan dan juga Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Yan. Selain itu khidmat nasihat juga telah diberikan oleh En Jamadi Bin Jamaludin, Pegawai Unit Belia PBSD Yan kepada calon APBN. Turut hadir Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Majlis Belia Daerah Yan.
YAN, KEDAH. 29 FEBRUARI 2024 - Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Yan Bilangan 2 Tahun 2024 ini diadakan pada jam 10.00 pagi secara hibrid bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan dan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Yan, Puan Maznim Binti Ismail, AMK., BCK. Mesyuarat mengambil maklum berhubung pembentangan beberapa Laporan Projek Pembangunan Fizikal dan Infrastruktur, Keselamatan / Kesihatan / Alam Sekitar, Projek Ekonomi dan Program / Aktiviti Sosial dan Pendidikan yang disampaikan oleh para ketua / wakil jabatan-jabatan / agensi-agensi berkaitan di Daerah Yan. Pn. Asnatul Adha Bt Ahmad, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Yan hadir ke mesyuarat tersebut.
ALOR SETAR – 04 Mac 2024– Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kedah bagi Tahun 2024 telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah pada 04 Mac 2024 (Isnin). Calon bagi individu dan Pertubuhan dari Daerah Bandar Baharu terdiri daripada 3 orang calon individu dan 1 untuk Pertubuhan.
Bagi pencalonan untuk Pertubuhan iaitu Majlis Belia Daerah Bandar Baharu yang diwakili oleh pengerusi pertubuhan iaitu En Amir Syarifuddin bin Abdul Majid telah hadir untuk penilaian tersebut bagi sesi yang pertama.Panel penemuduga bagi kategori pertubuhan adalah En. Mohd Azam bin Omar (Ketua Panel), En. Muhammad Husmar Afdzal bin Husin dan En. Muhamad Nasir bin Ismail. Manakala bagi calon individu pula iaitu En. Muhammad Ahnaf Taufiq bin Suhaimi (Individu Lelaki). Cik Nurul Athirah binti Zakaria Ansuri (Individu Wanita) dan Cik Nur Athirah binti Ahmad Ismadi (Individu Wanita) hadir untuk penilaian pada sesi kedua. Dan panel penemuduga bagi kategori individu adalah Dr. Kamal bin Ab Hamid (Ketua Panel), Dr. Norzaliza binti Alis dan Pn. Raudzoh binti Darus.
BANDAR BAHARU – 04 Mac 2024– Satu lawatan dari kakitangan KZ Truvisory yang merupakan wakil dari myAngkasa Amanah telah hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu pada 04 Mac 2023 (Isnin) bagi memberi sedikit penerangan berkaitan Kesan Pengurusan Harta Pusaka Tanpa Wasiat Bertulis kepada kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu.
ALOR SETAR – 03 Mac 2024– Mesyuarat Pengurusan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah Bilangan 2 Tahun 2024 telah diadakan pada pada 03 Mac 2024 (Ahad) jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Kompleks Sukan Negeri Kedah. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah iaitu Ybrs.Puan Noor Azma binti Deris dan ahli mesyuarat terdiri daripada para Pegawai Pengurusan dan Profesional Jabatan dan Daerah.
Puan Pengerusi mengambil maklum bagi jawapan maklumbalas untuk Mesyuarat Pengurusan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah Bilangan 01/2024 yang lepas seterusnya dilanjutkan dengan perbentangan dari kesemua daerah. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu iaitu En Shamsul Qamar bin Shamsuddin telah hadir bersama Puan Nur Adila bt Mohamad ke mesyuarat tersebut.
ALOR SETAR – 03 Mac 2024– Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah diadakan pada 03 Mac 2024 (Ahad) jam 9.00 pagi di Bilik Refflesia Kompleks Sukan Negeri Kedah. Perhimpunan yang dimulai dengan bacaan doa oleh En Birry dan seteruskan penyampaian amanat oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah iaitu Puan Noor Azma binti Deris kepada semua kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah berkaitan penyampaian perkhidmatan terbaik dan tatakelola pentadbiran.
Pada perhimpunan tersebut turut diadakan Sambutan Hari Kelahiran kakitangan bagi bulan Januari hingga Mac 2024. Pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu iaitu En Hafiz Jamaluddin merupakan salah seorang penerima hadiah bagi ulang tahun kelahiran yang jatuh pada 25 Februari. Tahniah diucapkan. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu iaitu En Shamsul Qamar bin Shamsuddin serta Puan Nur Adila bt Mohamad turut hadir pada perhimpunan tersebut.
PADANG TERAP KEDAH, 27 FEBRUARI 2024 - Program Kuala Nerang Dalam Kasihku - Night Run 2024 telahpun diadakan dengan jayanya pada 01 Mac 2024 (Jumaat) yang lalu bertempat di Dataran Putra, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
Program ini merupakan anjuran Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) dengan kerjasama Kuala Nerang Runners Club (KNRC) dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
Program Kuala Nerang Dalam Kasihku - Night Run 2024 mempertandingkan dua kategori iaitu peserta larian 10KM Men’s Senior dan Men’s Junior, 10KM Women’s Senior dan Women’s Junior serta larian Fun Run 5KM.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Tn. Azmin Bin Zainol Abidin, Pegawai Daerah Padang Terap merangkap Yang Di Pertua Majlis Daerah Padang Terap dan seterusnya menyempurnakan pelepasan peserta Kuala Nerang Dalam Kasihku - Night Run 2024.
Turut bersama dalam program ini adalah, En. Iman Hazwan Bin Abdul Halim, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah), En. Muhammad Nur Ihsan Bin Yahaya, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) merangkap Setiausaha Majlis Daerah Padang Terap, Tn. Ir. Ts. Shamsul Bin Abd Manaf, Jurutera Daerah JKR Padang Terap / Pokok Sena, YDH. DSP. Mulkiaman Manzar, Ketua Polis Daerah Padang Terap, En. Mohd Farizan Bin Mat Arshad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dan En. Arshad Abd Wahab, Pengerusi KNRC.
#teamkbs #jbsnbersama #JBSNKedah #MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
PADANG TERAP KEDAH, 07 FEBRUARI 2024 –Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Padang Terap dan Kelab Rakan Muda (KRM) Padang Terap telah membuka pameran dan aktiviti sampingan Sempena Program Kuala Nerang Dalam Dalam Kasihku – Night Run 2024 pada 01 Mac 2024 (Jumaat) yang lalu bertempat di Dataran Kuala Nerang, Padang Terap, Kedah Darul Aman.
PBSD Padang Terap dan Kelab Rakan Muda (KRM) Padang Terap telah mengadakan aktiviti sampingan dengan penyediaan permainan tradisional seperti dam aji dan karom serta mari mencuba golf.
Hadir bersama En. Mohd Farizan Bin Mat Arshad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap. Turut hadir En. Muhammad Zaidan Bin Zainuddin, Pengerusi Kelab Rakan Muda Padang Terap serta kakitangan PBSD Padang Terap.
#teamkbs #jbsnbersama #JBSNKedah #MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
PADANG TERAP KEDAH, 04 MAC 2024 –Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Padang Terap telah membuka reruai pameran Sempena Program Inisiatif Memperkasa Komuniti Daerah Padang Terap Melalui Program Klik Dengan Bijak (KDB) pada 29 Februari 2024 (Khamis) yang lalu bertempat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Tanjung, Padang Terap, Kedah Darul Aman. PBSD Padang Terap memberi khidmat nasihat dari segi penubuhan dan pendaftaran persatuan belia melalui system e-ROY dan penubuhan dan pendaftaran persatuan sukan melalui system e-Rossa serta mempromosi penambahan keahlian untuk Kelab Rakan Muda Daerah Padang Terap.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. En. Azmin Bin Zainol Abidin, Pegawai Daerah Padang Terap. Hadir bersama En. Azhar Bin Abdul Rahman, Pengarah, Pembangunan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Kedah.
#teamkbs #jbsnbersama #JBSNKedah #MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)