YAN, KEDAH. 22 November 2023 – Pejabat Pejabat Daerah Yan telah melaksanakan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bagi peserta yang memohon perjawatan Pembantu Awam Gred H11. Sesi ujian ini dilaksanakan di Dewan Lestari Guar Chempedak bagi pemohon-pemohon jawatan berkenaan.
Terdahulu sesi taklimat disampaikan oleh Encik Mohd Asyraf bin Shiratuddin Pembantu Belia dan Sukan Majlis Sukan Negeri (MSN) Kedah . Beliau selaku ketua penguji menyampaikan penerangan berkaitan aktiviti-aktiviti UKJK yang akan dilaksanakan. Peserta ini kesemuanya adalah anak kelahiran dalam Daerah Yan.
Urus setia yang terlibat adalah 6 orang kakitangan daripada Unit Sains Sukan (MSN) dan 7 orang kakitangan daripada Pejabat Daerah dan Tanah Yan. Hadir sama memantau pada sesi ini adalah Setiausaha Majlis Daerah Yan.
DISEDIAKAN OLEH : JOHARDI BIN ROSLA
- JBS Kedah
- Hits: 73
