6 Disember 2023, Langkawi- Program Team Building Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah @ Selat Panchor berlangsung dengan jayanya. Peserta-peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan iaitu Kumpulan, A,B,C,D,E, dan F. Antara 'Task' sepanjang program adalah IKEA Popeye The Sailor Man, Teluk Panchor Super League, Menggapai Awan, GP Joran, DIY, Donald Duck, Master Cheff dan Bonding Time, We are Family.
Salah satu pengisian yang mencabar dalam program ini adalah apabila setiap kumpulan perlu menyelesaikan 'task' berbentuk 'Life Survival' di mana semua ahli memainkan peranan dalam usaha mendapatkan sumber makanan seperti berenang dan menyelam untuk mendapatkan ikan serta menangkap itik yang dilepaskan di lautan untuk dijadikan hidangan bagi kumpulan mereka.
Program ini dapat memupuk semangat sukarelawan yang tinggi, meningkatkan kemahiran komunikasi dan merancang setiap tugasan yang diberi.
Terima kasih kepada para urusetia 'Team Building' ini yang diketuai oleh YBrs Tn Mohd Nizam Bin Hj Ismail (Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah) atas perancangan serta persediaan aktiviti-aktiviti pengisian yang sangat menarik dan tidak dapat dilupakan oleh semua peserta.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang terlibat diatas semangat dan komitmen yang tinggi bagi menjayakan Team Building@Program Retreat Surelawan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
- JBS Kedah
- Hits: 90
