- JBS Kedah
- Hits: 104
MALAYSIA MADANI : 'AN OVERVIEW'
21 Disember 2023, Alor Setar - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK) telah melaksanakan satu sesi penerangan Malaysia Madani : 'An Overview' secara bersemuka di Bilik Mesyuarat Utama JBSNK serta secara atas talian melalui Google Meet.
Objektif pelaksanaannya adalah untuk memberikan gambaran dan pemahaman secara menyeluruh berkenaan dengan Konsep Malaysia Madani agar penyampaian perkhidmatan JBSNK adalah selari dengan kehendak konsep tersebut.
Sesi tersebut telah dikelolakan oleh Encik Mohammad Suhaimi bin Md Saad, Timbalan Pengarah (Belia) dan ianya telah disertai oleh 31 orang kakitangan di jabatan secara bersemuka serta 54 orang menerusi Google Meet.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan sesi kali ini.
#JBSNBersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
- JBS Kedah
- Hits: 104
