- JBS Kedah
- Hits: 75
MESYUARAT PERLAKSANAAN KEJOHANAN KE -20th LANGKAWI INTERNATIONAL REGATTA PERDANA 2024
LANGKAWI, KEDAH – 10 Januari 2024, Persatuan Perahu Layar Kedah (KSA) dengan kerjasama Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA) dan Majlis Sukan Negara (MSN) akan menganjurkan Kejohanan ke 20th Langkawi International Regatta Perdana 2024 yang di jangka bermula pada 1-04 Februari 2024,bertempat di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan Langkawi.
Satu mesyuarat jawatankuasa perlaksanaan Kejohanan 20th, Langkawi International Regatta Perdana telah di adakan pada 08 Januari 2024 hari ini, bertempat di Bilik Taklimat Pusat Latihan Perahu Layar, Kebangsaan Langkawi.
Mesyuarat membincangkan tentang perlaksanaan kejohanan bersama-sama agensi-agensi kerajaan dari segi persiapan tempat, logistik, sambutan dan keperluan penginapan.
Pembantu Belia dan Sukan Encik Mohd Afif Afifi Bin Hashim mewakli PBSD hadir ke mesyuarat tersebut. .
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
- JBS Kedah
- Hits: 75
