- JBS Kedah
- Hits: 119
DENIM NIGHT & APPRECIATION CEREMONY
ALOR SETAR, 8 Januari 2024 – Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah menganjurkan ‘Denim Night & Appreciation Ceremony’ bertempat di StarCity Hotel. Majlis ini diadakan bagi menghargai khidmat bakti Tuan Mohd Nizam bin Hj. Ismail, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK) yang akan bertukar selaku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Tuan Pengarah menzahirkan ucapan terima kasih kepada warga JBSNK di atas kerjasama yang diberikan sepanjang beliau berkhidmat di jabatan ini terutamanya dalam menjayakan beberapa program mega Peringkat Negeri Kedah dan juga Kebangsaan seperti Hari Sukan Negara, Hari Belia Negara, FIT Malaysia dan projek rintis Youth Hub (Y-Hub@ Kedah). Imbasan kenangan indah warga kerja JBSNK bersama Pengarah telah dirangkumkan dalam sebuah tayangan video istimewa.
Majlis tersebut juga turut diselitkan dengan cabutan bertuah, penyampaian cenderahati penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) Kelab Sukan dan Kebajikan Sesi 2022/2023 serta Gimik Penyerahan Watikah Pelantikan AJK baharu.
#JBSNBersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
#TeamKBS
- JBS Kedah
- Hits: 119
