17hb Disember 2023, Alor Setar - Selesai berlangsung Mesyuarat Agong Tahunan KDEAFS bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah (KOMBES).
Mesyuarat telah dirasmikan oleh YBrs. Tn Mohd Nizam Bin Hj Ismail, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Pengerusi Persatuan Mr Lim Heng Tuck telah memulakan majlis dengan ucapan aluan.
Jabatan merakamkan syabas dan tahniah atas kejayaan mengadakan mesyuarat agong ini.Semoga KDEAFS akan terus cemerlang dan berjaya di masa akan datang.
Alor Setar, 17 Dis 2023 - Telah berlangsung Program Inspire I-Train Peringkat Negeri Kedah bagi Tahun 2023. Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) Kedah.
Program ini bertujuan untuk mencari pelapis Para Sukma bagi mewakili negeri Kedah ke Para Sukma yang akan berlangsung di Sarawak pada tahun 2024. Bagi Slot Motivasi Program Inspire I-Train disampaikan oleh En Mohammad Suhaimi bin Md Saad, Timbalan Pengarah Belia.
Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Mohd Nizam Bin Hj Ismail, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Turut Hadir En Mohammad Suhaimi bin Md Saad Timbalan Pengarah Belia, Pn Siti Hasmah binti Hassan Timbalan Pengarah Sukan dan Pn Siti Norbaya Binti Ramli, Pengerusi PESRON Negeri Kedah.
Tahniah diucapkan kepada semua barisan jurulatih, urusetia dan peserta-peserta yang terlibat.
ALOR SETAR KEDAH, 14 DISEMBER 2023 – Kejohanan Sukan Staf (SUSTAF) JBSN Kedah 2023 telahpun diadakan dengan jayanya pada 13 Disember 2023 (Rabu) yang lalu bertempat di Kombes Alor Setar, Kedah Darul Aman disini.
Kejohanan ini merupakan inisiatif Kelab Sukan dan Kebajikan JBSN Kedah dengan kerjasama JBSN Kedah. Dipertandingkan 5 jenis sukan yang iaitu Futsal Lelaki, Bola Tampar Campuran, Petanque, Karom dan Dart.
Kejohanan ini disertai oleh 4 pasukan yang melibatkan keseluruhan penyertaan warga JBSN Kedah seperti Zon Jabatan (HQ), Zon Kedah Utara (PBSD Kubang Pasu/Langkawi/ Pokok Sena/Padang Terap), Zon Kedah Tengah (KOMBES/Kota Setar/Pendang/Kuala Muda/Yan) dan Zon Kedah Selatan (PBSD Kulim/Bandar Baharu/Sik/Baling).
Zon Kedah Utara telah berjaya muncul Johan Keseluruhan Sukan Staf (SUSTAF) JBSN Kedah apabila memenangi Johan Fusal Lelaki, Johan Individu Petanque Lelaki, Johan Individu Dart Lelaki dan Johan Bergu Dart Lelaki. Tempat Ketiga Bola Tampar Campuran, Tempat Ketiga Carom dan Tempat Keempat Petanque Bergu.
Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh En. Mohd Nizam Bin Ismail, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
ALOR SETAR KEDAH, 14 DISEMBER 2023 – Kejohanan Sukan Staf (SUSTAF) JBSN Kedah 2023 telahpun diadakan dengan jayanya pada 13 Disember 2023 (Rabu) yang lalu bertempat di Kombes Alor Setar, Kedah Darul Aman disini.
Kejohanan ini merupakan inisiatif Kelab Sukan dan Kebajikan JBSN Kedah dengan kerjasama JBSN Kedah. Dipertandingkan 5 jenis sukan yang iaitu Futsal Lelaki, Bola Tampar Campuran, Petanque, Karom dan Dart.
Kejohanan ini disertai oleh 4 pasukan yang melibatkan keseluruhan penyertaan warga JBSN Kedah seperti Zon Jabatan (HQ), Zon Kedah Utara (PBSD Kubang Pasu/Langkawi/ Pokok Sena/Padang Terap), Zon Kedah Tengah (KOMBES/Kota Setar/Pendang/Kuala Muda/Yan) dan Zon Kedah Selatan (PBSD Kulim/Bandar Baharu/Sik/Baling).
En. Mohd Farizan Bin Mat Arshad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap telah muncul johan individu acara petanque Sukan Staf (SUSTAF) JBSN Kedah.
Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh En. Mohd Nizam Bin Ismail, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
11-12 Disember 2023, Johor - Selesai berlangsung Kejohanan Kebangsaan Renang Para Sirkit (2) 2023 anjuran Majlis Sukan Negara dengan kerjasama Prepma, Allianz bertempat di Pusat AKUATIK MBJB, Larkin, Johor.
Team Para Renang Negeri Kedah telah mengambil bahagian dan telah berjaya memenangi :-
Tahniah, syabas dan jutaan terima kasih diucapkan kepada para atlet dan Persatuan Para Renang Negeri Kedah yang telah berjuang memenangi dan mengharumkan nama Negeri Kedah
13 Disember 2023, Alor Setar- Kejohanan Sustaf JBSNKedah bersambung ke sesi petang bagi acara Dart, Bola Tampar dan Karom di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah. Teruskan semangat kesukanan yang tinggi buat semua yang terlibat.
Selamat bertanding kepada semua team. Semoga inisiatif penganjuran ini dapat menyerlahkan bakat dan mengeratkan silaturahim antara para peserta warga JBSNKedah.
13 Disember 2023, Alor Setar , Telah berlangsung acara Kejohanan Sukan Staf (Sustaf) JBSN Kedah 2023 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Kejohanan ini merupakan inisiatif Kelab Sukan dan Kebajikan JBSNKedah dengan kerjasama JBSNKedah. Melibatkan 5 jenis sukan yang dipertandingkan :-
~ Futsal
~ Bola Tampar Campuran
~ Petanque
~ Dart
~ Karom
Kejohanan disertai oleh 4 team yang melibatkan keseluruhan penyertaan warga JBSNKedah seperti pecahan team yang berikut :-
~ Jabatan
~ Zon Utara
(PBSD Kubang Pasu/Langkawi/ Pokok Sena/Padang Terap)
~ Zon Selatan
(PBSD Kulim/ Bandar Baharu/Sik/Baling)
~ Zon Tengah
(KOMBES/ Kota Setar/Pendang/Yan)
Tahniah dan syabas kepada kelab atas penganjuran dan semua warga JBSNKedah atas penyertaan.
Gua Kelam, 9 Disember 2023 - Telah berlangsung dengan jayanya Basic Water Rescue 2023 Peringkat Daerah Kubang Pasu yang telah disertai oleh 28 orang peserta dari pelbagai institusi pengajian sekitar Kubang Pasu dan ahli Kelab Rakan Muda.
Kursus ini merupakan kerjasama di antara Unit Rakan Muda Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kubang Pasu bersama Fakulti Kejurulatihan Dan Sains Sukan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Persatuan Kanu Malaysia, Majlis Belia Daerah Kubang Pasu dan Pejabat Perhutanan Negeri Perlis.
Para peserta telah dilatih tentang pelbagai kaedah penyelamatan di air secara teori dan praktikal oleh Ketua Jurulatih iaitu Dr Jaffry Bin Zakaria, Dekan Fakulti Kejurulatihan Dan Sains Sukan UPSI dibantu oleh jurulatih dari Persatuan Kanu Malaysia.
Majlis Penyampaian Sijil Dan Penutup telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah, Encik Mohd Nizam Bin Ismail.
Pendang, 9 Disember 2023 - Seramai 22 orang Ahli Majlis Tertinggi Sekretariat Rakan Muda Universiti Utara Malaysia telah berjaya menganjurkan Program Strive2thrive SRMUUM.
Program ini telah dijalankan pada 8 & 9 Disember 2023 bertempat di Pendang Lake Resort dengan pelbagai pengisian Kursus Pengurusan Organisasi yang telah disampaikan oleh Penceramah Jemputan, Encik Kahirun Azren. Selain itu, para peserta juga telah didedahkan dengan aktiviti Water Confidence, berkayak dan Ice Breaking.
Semoga dengan adanya program seperti ini, akan dapat memupuk semangat kepimpinan dan kesukarelawanan di kalangan para pelajar.