YAN, KEDAH. 5 November 2023 – Kelab Rukun Tetangga (KRT) Kampung Kuala Dulang Kecil, Yan telah memenangi tempat Ketiga Anugerah Rondaan Skim Sukarela Peringkat Kebangsaan 2023. Majlis di bawah anjuran Kementerian Perpaduan dan Intergrasi Nasional ini dilaksanakan Bangi Avenue Convention Centre, Bangi, Selangor.
Kelab Rukun Tetangga (KRT) Kampung Kuala Dulang Kecil mewakili penyertaan dari Negeri Kedah bagi kategori Anugerah Rondaan Skim Sukarela Peringkat Kebangsaan 2023. Golongan belia dari kampung berkenaan adalah penggerak kepada skim rondaan yang diadakan di kampung berkenaan.
Majlis penyampaian anugerah disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang Menteri Perpaduan Negara. Hadir menerima anugerah berkenaan adalah Pengerusi dan AJK KRT Kampung Kuala Dulang Kecil.
DISEDIAKAN OLEH : JOHARDI BIN ROSLA
- JBS Kedah
- Hits: 73
