KULIM, 28 OKTOBER 2023 - Telah berlangsung satu program yang melibatkan penyertaan seramai 80 orang peserta bertempat di Taman Tasik Kulim. Program ini berkonsepkan aktiviti sukan dan kecergasan sambil menerapkan amalan pemuliharaan alam sekitar dan memastikan kelestariannya. Program ini dimulakan dengan acara senamrobik santai dan diteruskan dengan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar taman tasik. Program ini dijayakan dengan kerjasama jitu daripada Persatuan Senamrobik Kulim (PSK). Program seperti ini wajar diteruskan bagi mengekalkan kebersihan alam sekitar terjamin pada setiap masa.
Disediakan oleh PBSD Kulim
- JBS Kedah
- Hits: 109
