PADANG TERAP KEDAH, 09 NOVEMBER 2023 – Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan telahpun dilakukan pada pada 08 November 2023 (Rabu) yang lalu bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman disini.
Antara dokumen pemeriksaan aset yang diperiksa adalah KEW. PA 3, KEW. PA 4, dan KEW. PA 7. Selain itu, pemeriksaan secara fizikal terhadap unit aset juga turut dilakukan bersama.
Pemeriksaan aset ini telah dilakukan oleh En. Muhammad Farhan Bin Shahidan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (Unit Rakan Muda-Pembangunan Potensi) dan Cik Nik Noorazlihan Binti Nik Jamaludin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (Unit Pembangunan Ekonomi dan Kemahiran) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Hadir bersama En. Mohd Farizan Bin Mat Arshad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dan Pn. Rosnah Binti Ismail, Pembantu Tadbir (P/O) Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 86
