- JBS Kedah
- Hits: 83
BOMBA BERSAMA KOMUNITI YAN 2023
GUAR CHEMPEDAK, YAN, KEDAH. 7 OKTOBER 2023 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah telah melaksanakan Hari Bomba Bersama Komuniti Yan bertempat di Guar Chempedak. Program ini bertujuan mendekatkan masyarakat dengan Bomba dan Penyelamat.
Pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan suasana program berkenaan. Setiap aktiviti diselenggara oleh balai-balai bom setiap daerah di Kedah. Menariknya pelbagai aktiviti yang diadakan adalah melalui penyertaan orang awam dalam Daerah Yan. selain pameran bomba turut juga disertai pemeran dari agensi awam dan swasta dalam Daerah Yan.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Tuan Mohd Subhi bin Abdullah Pegawai Daerah Yan. Hadir sama adalah Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Yan, Puan Asnatul Adha binti Ahmad Pegawai Belia dan Sukan Daerah Yan, Pegawai-Pegawai Jabatan kerajaan dalam Daerah Yan, Pengerusi-Pengerusi badan NGO dari pelbagai agensi awam dan swasta.
DISEDIAKAN OLEH : JOHARDI BIN ROSLA
- JBS Kedah
- Hits: 83
