Pendang, 14 Oktober 2023 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pendang dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Pendang telah mengadakan Pertandingan Petanque Siri 1 sempena Program 1000 Liga Peringkat Daerah Pendang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang.
Pertandingan kali ini melibatkan penyertaan 58 orang peserta dari sekolah-sekolah serta terbuka kepada belia di Daerah Pendang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk melatih masyarakat tempatan dalam melaksanakan aktiviti sukan, menggalakkan masyarakat berbudaya sukan dan meningkatkan kemahiran sukan dan kesukarelawanan di kalangan komuniti setempat serta sukan dijadikan sebagai platform kepada pengukuhan integrasi nasional melangkaui batasan agama, bangsa dan politik
Pertandingan ini telah menawarkan hadiah sebanyak RM150 bagi johan, RM100 bagi naib johan, RM50 bagi tempat ketiga dan keempat. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tn. Abdul Samad Bin Abdul Hakim, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang.
DISEDIAKAN OLEH : PBSD PENDANG
- JBS Kedah
- Hits: 126
