KULIM KEDAH, 24 SEPTEMBER 2023 – Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2023 Peringkat Negeri Kedah telah berlangsung dengan jayanya pada 23 September 2023 (Sabtu) yang lalu bertempat di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) Kulim, Kedah Darul Aman bersempena dengan Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Kedah 2023.
Kelab Rakan Muda Padang Terap (PPBM 0163/08) muncul Naib Johan bagi kategori Pertubuhan/Persatuan pada Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2023 Peringkat Negeri Kedah. En. Muhamad Zaidan Bin Zainuddin, Pengerusi Kelab Rakan Muda Daerah Padang Terap hadir bersama-sama Ahli Jawatankuasa Kelab Rakan Muda Padang Terap menerima hadiah berkenaan.
Penyampaian Anugerah APBN ini telah disempurnakan oleh YBrs. Pn. Dr. Zainah Binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara, KBS.
Hadir bersama YB. Tuan Mohd Radhi Bin Mat Din, EXCO Belia dan Sukan Negeri Kedah, Ybhg. Pn. Zaiton Binti Yahya, Pengarah Pembangunan (ICU) Negeri Kedah, En. Mohd Nizam Bin Ismail, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Tn. Hj. Mohd Ruzi Bin Hamzah, Pengarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kulim dan En. Mohd Amir Murshidi Bin Datuk Hj. Samsuddin, Presiden Majlis Belia Negeri (MBN) Kedah.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)