ALOR SETAR, 19 September 2023- Satu Mesyuarat Jawatankuasa Induk HSN Peringkat Negeri Kedah telah diadakan pada hari ini bertempat di bilik gerakan Jabatan Akauntan Negeri Kedah. Ia memastikan gerak kerja awalan dapat dilakukan untuk melancarkan sambutan HSN 2023.
Sambutan HSN akan dilaksanakan pada 14 Oktober 2023 (Sabtu) bertempat di UiTM Merbok. Mesyuarat telah dipegerusikan oleh Puan Zaiton binti Yahya, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kedah, Jabatan Perdana Menteri.
Turut hadir jabatan dan agensi-agensi kerajaan di negeri Kedah yang akan turut serta dalam Sambutan Hari Sukan Negara 2023 Peringkat Negeri Kedah. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sempena sambutan ini. Nantikan!!!
- JBS Kedah
- Hits: 67
