- JBS Kedah
- Hits: 54
FUTSAL LSK DAERAH YAN 2023
YAN, KEDAH. 5 OGOS 2023 – Pertandingan Futsal Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Yan telah dilaksanakan di Gelanggang Futsal Kampung Sungai Lintang, Yan. Program ini anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Yan dengan kerjasama Kelab Komuniti Sungai Lintang. Setiap penyertaan dikenakan bayaran sebagai yuran penyertaan setiap pasukan.
Pertandingan Futsal LSK ini dibuka penyertaan kepada masyarakat yang menetap, belajar atau bekerja dalam Daerah Yan sahaja. Penyertaan dari agensi kerajaan, badan Bukan kerajaan (NGO) dan pelajar-pelajar sekolah yang mewakili agensi masing-masing. Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai kepada tempat pertama hingga ketiga melalui yuran penyertaan peserta.
Hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang adalah Puan Asnatul Adha binti Ahmad PBSD Yan. Johan dan Naib Johan pertandingan ini telah dimaklumkan akan mewakili Daerah Yan ke pertandingan Peringkat Negeri Kedah.
DISEDIAKAN OLEH : JOHARDI BIN ROSLA
- JBS Kedah
- Hits: 54

