- JBS Kedah
- Hits: 70
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2023
KEDAH, 21 OGOS 2023 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Program Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Kedah Tahun 2023. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Kulim telah dipilih sebagai lokasi sambutan HBN tahun ini yang akan berlangsung pada 23 September 2023. Pelbagai aktiviti menarik telah disusun untuk memeriahkan sambutan tersebut. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Pengarah JBSN Kedah Encik Mohd Nizam bin Hj. Ismail. Turut sama dalam mesyuarat ini adalah Presiden Majlis Belia Negeri Kedah, Encik Amir Murshidi bin Dato' Haji Samsuddin.
DISEDIAKAN OLEH : JBSN KEDAH.
- JBS Kedah
- Hits: 70
