BANDAR BAHARU – 5 Ogos 2023– Pertandingan Futsal Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Bandar Baharu 2023 telah dilaksanakan bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Daerah Bandar Baharu hari ini.
Sebanyak 21 pasukan telah menyertai pertandingan ini yang dimenangi oleh pasukan GSM A manakala Naib Johan dirangkul oleh pasukan Venom FT. Pasukan TSFC pula memenangi tempat ketiga
Majlis penyampaian hadiah dan pingat telah disempurnakan oleh Encik Shamsul Qamar Shamsuddin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
Disediakan oleh : Fariza bt. Ghazalli (PBSD Bandar Baharu)
- JBS Kedah
- Hits: 77

