LANGKAWI, KEDAH – 15 OGOS 2023 - Program Skuad Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Siri 2 diteruskan dengan program gotong royong di Pusat Aktiviti Warga Emas, Langkawi (PAWE) pada 10 Ogos 2023 yang lalu.
Antara aktiviti yang di jalankan adalah membersih kawasan dalam bilik operasi (PAWE) mencuci longkang, mengecat tayar, mesin rumput dan menebang pokok di kawasan sekitar serta pemasangan bendera Malaysia sempena bulan kemerdekaan.
Seramai lebih kurang 60 orang peserta yang terlibat bersama menjayakan program ini. Program ini juga mendapat kerjasama daripada Kelab Rakan Muda,,Pekan Kuah, Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi (Unit Bakas), Majlis Perbandaran Langkawi, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Giat Mara Langkawi , Swcop serta Pejabat Kebajikan Daerah Langkawi.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
- JBS Kedah
- Hits: 72
