- JBS Kedah
- Hits: 127
???????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????
GUAR CHEMPEDAK, YAN, KEDAH. 24 OGOS 2023 – Majlis Perasmian Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Yang Ke-66 dan Hari Malaysia Peringkat Daerah Yan Tahun 2023 ini diadakan bermula pada jam 11.00 pagi bertempat di Dewan Lestari, Guar Chempedak, Yan, Kedah.Sempena Majlis Pelancaran ini juga turut diadakan pelbagai aktiviti menarik seperti Konvoi Kembara Merdeka yang disertai seramai 120 orang warga kerja dari pelbagai Jabatan dan Agensi di Daerah Yan serta Pejabat Daerah dan Tanah Yan yang melibatkan sebanyak 25 buah kenderaan Jabatan dan Agensi.
Selain itu, bagi memeriahkan lagi majlis tersebut, turut diadakan pertandingan sukaneka dan mewarna yang disertai oleh para pelajar dan waris dari Tabika KEMAS Cawangan Parlimen Jerai anjuran Pejabat KEMAS Daerah Yan.Majlis Pelancaran ini bermula dengan ketibaan Tuan Pegawai Daerah Yan bersama Dif-Dif jemputan dan para peserta Konvoi Kembara Merdeka yang terdiri dari para Ketua Jabatan serta wakil dari pelbagai Jabatan dan Agensi di Daerah Yan dan diteruskan dengan nyanyian lagu - lagu Negaraku dan Allah Selamat Sultan.
Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Yang Ke-66 dan Hari Malaysia Peringkat Daerah Yan Tahun 2023 ini telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Yan / YDP Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah. Antara tetamu jemputan adalah YB Ustaz Sabri bin Aziz Ahli Parlimen Jerai.
DISEDIAKAN OLEH : JOHARDI BIN ROSLA (PBSD YAN)
- JBS Kedah
- Hits: 127

