PADANG TERAP KEDAH, 27 OGOS 2023 – Pertandingan Liga Sukan Komuniti 2023 Peringkat Daerah Padang Terap bagi acara sepak takraw telahpun diadakan dengan jayanya pada 26 Ogos 2023 yang lalu bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman disini.
Pertandingan ini telah mendapat kerjasama penuh dari pentadbiran IKBN Naka serta sokongan teknikal daripada Jawatankuasa Teknikal Sepak Taktaw Daerah Padang Terap.
Sebanyak 16 pasukan futsal telah mengambil bahagian dari seluruh Daerah Padang Terap. Johan telahpun dimenangi oleh pasukan KST 18 ‘A’, Naib Johan pasukan KST 18 ‘C’, tempat ketiga pasukan KST 18 ‘B’ dan tempat keempat IPD PT ‘E’.
Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Mohd Farizan Bin Mat Arshad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 82
