Pendang, 26 Ogos 2023 2023 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pendang dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Daerah Pendang telah mengadakan Pertandingan Sepak Takraw Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Pendang bertempat di Dewan Rakan Sukan Pendang.
Pertandingan kali ini melibatkan penyertaan 16 pasukan terbuka peringkat Daerah Pendang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk melatih masyarakat tempatan dalam melaksanakan aktiviti sukan, menggalakkan masyarakat berbudaya sukan dan meningkatkan kemahiran sukan dan kesukarelawanan di kalangan komuniti setempat.
Pertandingan ini telah menawarkan hadiah sebanyak RM500 bagi johan, RM300 bagi naib johan, RM100 bagi tempat ketiga dan keempat. Johan bagi pertandingan ini ialah dari pasukan Titi Akar A, naib johan ialah ST COPS A, tempat ketiga bersama ialah ST COPS D dan Campuran. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En Ahmad Kamaruizaman Bin Jamaludin, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Pendang.
DISEDIAKAN OLEH : PBSD PENDANG
- JBS Kedah
- Hits: 62

