LANGKAWI, KEDAH – 16 November 2023, Kelab Langkawi Runners dengan kerjasama Pejabat Daerah Langkawi akan menganjurkan Langkawi International Half Marathon 2023 (LIHM). Acara ini dijangka berlangsung pada 02 Disember 2023 dan bertempat di Dewan MIEC, Padang Matsirat, Langkawi.
LIHM ’23 merupakan edisi ke 2 yang dianjurkan pada tahun ini dengan menawarkan dua kategori yang dipertandingkan iaitu half marathon 10km dan 5km. Sambutan sangat hebat dimana sebanyak 166 penyertaan daripada Luar Negara dan 2354 daripada dalam Negara menyertai acara ini.
Satu mesyuarat penyelarasan penganjuran telah diadakan pada 16 November 2023 hari ini dan bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Langkawi .Mesyuarat di pengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Langkawi, YBrs, Tuan Mohamed Subhi Bin Abdullah.
Turut hadir Bersama, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Langkawi, Encik Mohd Ferdaus Bin Osman.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
- JBS Kedah
- Hits: 92
