Seluruh warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah mengucapkan Tahniah dan Selamat Datang kepada YBrs. Puan Noor Azma Bt Deris, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah yang baharu menggantikan YBrs Tn.Mohd Nizam Bin Hj Ismail.
Selamat menjalankan tugas dan semoga terus cemerlang
15 Januari 2024, Alor Setar - Sedang berlangsung Majlis Perjumpaan YB Menteri Kementerian Dalam Negeri merangkap Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNG) Kedah, YB Dato' Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail.
En.Mohammad Suhaimi Md Saad Timbalan Pengarah (Belia) bersama Pn.Salwa Senawi Penolong Pengarah Kanan (Rakan Muda) telah hadir ke majlis tersebut mewakili warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Semoga segala amanat, peringatan dan harapan yang diungkapkan oleh YBM Dato' Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail kepada warga pejawat awan Negeri Kedah dapat dijadikan panduan dan dipratikkan dalam usaha menyampaikan perkhidmatan yang terbaik dan berintergriti.
14hb Januari 2024, UNITEN Kajang - Selesai berlangsung Kejohanan WSC Peringkat Kebangsaan 2023 bermula 12-14hb Januari 2024. Jutaan tahniah diucapkan kepada seluruh Team Zon Utara (Pulau Pinang, Perlis dan Kedah) atas komitmen dan kesungguhan dalam setiap perlawanan yang telah dipertandingkan.
Team Zon Utara telah berjaya membawa pulang kemenangan :-
Bola Baling (Terbuka)
Bola Tampar (U18)
Bola Baling (U18)
Ke 4 ~ Bola Baling (U18) & Bola Tampar (U18)
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YBrs Tn Abd Aziz Abd Rahman (Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sukan) mewakili Ketua Pengarah JBSNegara. Hadir menyerikan majlis YBrs Dr Zainah Shariff (Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Belia), En.Sabran Abd Bahar, (Pengarah Bahagian Pembangunan dan Penggalakkan Sukan, Bahagian Pembangunan Sukan), Puan Noor Azma Deris, Pengarah JBSNKedah, Pn Natrah Esa wakil Pengarah JBSNPulau Pinang dan En.Mohd Hanaffi A Rahman, Wakil Pengarah JBSNPerlis.
Jutaan terima kasih atas kerjasama, komitmen dan semangat kesukanan yang tinggi kepada seluruh team Zon Utara. Hampa semua terbaik.
LANGKAWI, KEDAH – 15 Januari 2024, Pembantu Belia dan Sukan (Rakan Muda) Puan Nurul Fitriah selaku Biro Sukan & Rekreasi telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Puspanita Kecil Cawangan Daerah Langkawi bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah & Tanah Langkawi pada 14 Januari 2024.
Mesyuarat membincangkan perancangan mesyuarat agung tahunan dan perlaksanaan program-program sepanjang tahun 2024.
Mesyuarat Bilangan 1/2024 ini telah dipengerusikan oleh Puan Amila Binti Ahmad selaku Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Langkawi. Turut hadir adalah Pegawai Daerah Langkawi merangkap Penaung Puspanita Cawangan Kecil Daerah Langkawi.
Semoga segala perancangan dan perlaksanaan dapat direalisasikan serta dipermudahkan segala urusan.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, KEDAH – 15 Januari 2024, Bertempat di Dewan Perhimpunan SMK Ayer Hangat telah berlangsung Majis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) bagi Anugerah Gangsa pada 14 Januari 2024. Seramai 12 orang peserta dari SMK Ayer Hangat yang mana telah melaksanakan program tersebut pada tahun 2023.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Langkawi dan Pengetua SMK Ayer Hangat, turut hadir adalah semua barisan Guru SMK Ayer Hangat dan Pembantu Belia dan Sukan (Rakan Muda) PBSD Langkawi.
Diharapkan supaya majlis tersebut dapat menjadi pemangkin kepada pelajar-pelajar yang lain untuk menyertai program ARPRM pada tahun ini.
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah Berjaya.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
11 Januari 2024 , Alor Setar- Telah berlangsung Mesyuarat Pengurusan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar Bilangan 1/2024 yang diadakan di ruang perbincangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar.Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Setar Puan Nazifah Binti Muhamad Zubir .
Mesyuarat ini melibatkan semua pegawai dari setiap unit Sukan, Belia dan Rakan Muda.Objektif utama mesyuarat ini dilaksanakan adalah untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan pentadbiran dan membentangkan laporan dan perancangan bagi setiap unit.
Tepat jam 12.00 tengahari, Mesyuarat Pengurusan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar Bil.1/2024 ditangguhkan.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar
BALING, 10 Januari 2024– Program Kayuhan KOM INAS 2.0 d’ Baling bakal diadakan pada bulan Jun 2024 di daerah Baling . Program ini adalah anjuran bersama Kelab Berbasikal Bayu Baling (BCC) , Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Baling , Pevny Cycling Team dan iSports .
Program ini diadakan bagi melahirkan masyarakat yang sihat tubuh badan , mencungkil bakat pelumba pelapis dari akar umbi dan mewujudkan semangat bekerjasama antara komuniti dengan pelbagai agensi .
Pengerusi BCC , Mohamad Rizuan Bin Musa telah hadir ke PBSD Baling bagi membincangkan bersama Pegawai Belia Dan Sukan PBSD Baling , Puan Siti Salmiah Binti Md Ani mengenai perkara-perkara teknikal bagi program tersebut . Turut hadir , Encik Danial Shamad Kesvan Abdullah , Penolong Pegawai Belia Dan Sukan PBSD Baling .
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
8 JANUARI 2024, STARCITY, ALOR SETAR -Majlis Denim Night & Appreciation Ceremony. Bagi meraikan Tuan Mohd Nizam Bin Hj. Ismail, Pengarah JBSNKedah yang akan bertugas di JBS WPKLpada 15 Januari 2024 nanti.
Majlis anjuran kepimpinan Kelab Sukan Dan Kebajikan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah bersama semua kakitangan Pejabat Belia Sukan Daerah Daerah hadir ke majlis sebagai tanda penghargaan kepada Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah.