- JBS Kedah
- Hits: 111
PERBINCANGAN PBSD PADANG TERAP BERSAMA PRESIDEN KN KIARA FOOTBALL CLUB, PADANG TERAP
PADANG TERAP KEDAH, 30 JANUARI 2024 – Perbincangan bersama Presiden KN Kiara Football Club telahpun diadakan pada 30 Januari 2024 (Selasa) bertempat di Sekolah Kebangsaan Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman disini.
Perbincangan ini adalah untuk menerangkan prosedur serta tindakan yang perlu diambil oleh kelab sukan berkenaan berkaitan dengan Geran Padanan Sukan (GPS) dan Dana Sukan Komuniti (DSK) untuk tujuan aktiviti pembangunan bakat sukan bola sepak di Daerah Padang Terap.
Dalam perjumpaan ini, perbincangan antara En. Mohd Farizan Bin Mat Arshad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap bersama En. Mohamed Faisal Bin Abdullah, Presiden KN Kiara Football Club. Hadir bersama En. Wan Syahrin Bin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dan En. Johardi Bin Rosla, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 111
