21 Januari 2024, Ahad - Majlis ramah mesra dan amanah bersama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah yang baharu telah berjaya diadakan secara
atas talian dan bersemuka yang melibatkan kesemua pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di JBS negeri Kedah.
Sesi tersebut telah bermula pada jam 09.00 pagi dan tamat pada jam 11.30 pagi. Antara pengisian majlis tersebut adalah sesi suaikenal bersama semua pegawai dan kakitangan khususnya yang berada di peringkat daerah.
Pengarah JBS Negeri Kedah turut menyampaikan amanat dan visi serta misi untuk meneruskan kecemerlangan mutu dan perkhidmatan
yang telah diberikan oleh semua kakitangan. Beliau mengharapkan kecemerlangan ini akan diteruskan di masa-masa hadapan. Beliau juga
mengharapkan kerjasama serta komitmen yang baik daripada semua pihak demi melancarkan perancangan dan pelaksanaan program yang akan dilaksanakan kelak.
# TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNbersama
#Malaysia MADANI
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BINTI HJ DRANI
- JBS Kedah
- Hits: 95
