BANDAR BAHARU – 01 Februari 2024 – Perbincangan dengan pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Bandar Baharu (AADK) iaitu Puan Ainul Huda telah diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu pada 01 Februari 2024 (Khamis) jam 10.00 pagi dengan pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu, Puan Nur Adila mengenai perancangan untuk bersama-sama melaksanakan acara bagi Program Skuad Bersama Belia.
Puan Ainul Huda telah merancang untuk membuat acara kayak bagi program tersebut dan meminta pendapat serta cadangan agar program yang dirancang dapat berjalan dengan lancar kerana tarikh untuk program tersebut dilaksanakan adalah pada 22 Februari 2024 (Khamis). Beliau mengharapkan lebih ramai golongan belia terutama dari pertubuhan belia sediada dan dari daerah Bandar Baharu khususnya dapat menyertai program tersebut sekaligus mendaftar sebagai ahli Skuad AADK.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
- JBS Kedah
- Hits: 111
