- JBS Kedah
- Hits: 114
LAWATAN NAZIRAN PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH KE PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH PADANG TERAP
12 Februari 2024, Kuala Nerang - Sesi lawatan naziran Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, YBrs. Puan Noor Azma Binti Deris ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
Lawatan ini antara lainnya bertujuan untuk memeriksa hal ehwal pentadbiran, pengoperasian pejabat, isu keselamatan serta membuat semakan terhadap pematuhan peraturan yang berkuatkuasa.
Penerangan taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, Encik Mohd Farizan bin Mat Arshad berhubung maklumat profail daerah Padang Terap dan pengoperasian serta tatakelola pejabat. Warga PBSD Padang Terap mengambil maklum atas segala teguran bagi penambahbaikan.
Turut Hadir Sama Timbalan Pengarah (Belia) JBS Kedah Encik Suhaimi Bin Md Saad, Timbalan Pengarah (Sukan) Puan Siti Hasmah Binti Hassan, Penolong Pengarah Kanan Rakan Muda Puan Salwa Binti Senawi dan En Hazane Bin Muhamad Alwi, Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan.
#JBSNBersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
#NaziranJBSKedah
- JBS Kedah
- Hits: 114
