- JBS Kedah
- Hits: 111
MAJLIS PENYAMPAIAN GANJARAN KEMENANGAN ATLET SUKAN KOMANWEL 2022 & SUKAN ASIA 2023
14 Februari 2024, Wisma Darul Aman Kedah - Majlis penyampaian ganjaran kemenangan kepada atlet-atlet negeri Kedah yang memenangi pingat pada Temasya Sukan Komanwel XXII Birmingham 2022 dan Sukan Sea ke 32, Cambodia 2023 telah selesai berlangsung di Dewan Jamuan Utama, Wisma Darul Aman. Majlis ini diadakan bagi menghargai dan tanda ingatan pihak Kerajaan Negeri Kedah kepada para pemenang.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Negeri Kedah. YBrs Puan Noor Azma Bt Deris, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah turut hadir menyerikan majlis penyampaian tersebut.
Semoga dengan penganjuran majlis seumpama ini dapat menyuntik semangat para atlet Kedah untuk lebih berusaha meningkatkan prestasi kemajuan dan menjadi sumber inspirasi.
#JBSNBersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
- JBS Kedah
- Hits: 111
