28 Februari 2024, Bentong - Sedang berlangsung Bengkel Pelaksanaan Hari Sukan Negara 2024 anjuran Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia Dan Sukan Negara pada 27 hingga 29 Februari 2024, bertempat di Colmar Tropicale, Berjaya Hills, Bentong Pahang.
Pelaksanaan bengkel ini adalah bertujuan untuk membincangkan penambahbaikkan pelaksanaan Hari Sukan Negara (HSN 2024) di Semua Peringkat.
YBrs. Puan Noor Azma Binti Deris, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dan Encik Shah Rizal bin Ismail, Pegawai Penggalakkan dan Pembangunan Sukan hadir bagi mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Menteri/ Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Bil. 1/ 2024 pada 26 Februari 2024 bertempat di Menara KBS. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk mengukuh dan memupuk kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan-kerajaan Negeri dalam pembangunan belia dan sukan serta membincangkan isu-isu semasa dan langkah penyelesaian mengenai belia dan sukan di peringkat akar umbi.
Mesyuarat pada kali ini antara lain membincangkan perkara-perkara berikut:
(i) cadangan naik taraf stadium utama di semua negeri, memandangkan Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan bantuan geran sebanyak RM500 ribu untuk naik taraf stadium sebagai persediaan kejohanan Liga Malaysia. Kerajaan Negeri yang telah bersetuju, perlu memberi komitmen bagi beberapa perkara seperti berikut:
a) menentukan lokasi stadium yang dipersetujui oleh Kerajaan Negeri setelah mendapat pandangan Malaysian Football League (MFL);
b) peruntukan RM 300,000.00 untuk naik taraf sistem saliran padang serta menggunakan khidmat kontraktor yang berwibawa dan sesuai dengan standard yang digariskan oleh MFL;
c) peruntukan RM 200,000.00 digunakan untuk naik taraf padang dengan menukar rumput kepada jenis rumput bilah halus (fine-blade grass).
Obiektif utama bantuan in disediakan adalah supaya padang bola sepak berada dalam keadaan baik seperti tiada air bertakung atau banjir semasa Liga Malaysia berlangsung;
(ii) bagi membantu para penggiat industri sukan terutama dalam mengurangkan kos operasi yang ditanggung, dicadangkan supaya Kerajaan Negeri untuk berbincang dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing bagi melihat semula kadar bayaran lesen yang dikenakan untuk premis-premis berkaitan sukan terutamanya gimnasium dan pusat snuker;
(iii) pindaan kandungan Kod Sukan Selamat dengan memasukkan elemen baharu iaitu larangan merokok termasuk rokok elektronik (vape) semasa penganjuran atau menjalankan aktiviti sukan. Individu atau organisasi yang terlibat dalam perniagaan berkaitan produk rokok elektronik (vape) tidak dibenarkan untuk menganjur, menaja, mempromosi, mengiklan, menjual, memberi sebagai hadiah atau meletakkan cap dagangan dalam apa-apa penganjuran atau menjalankan aktiviti sukan dan belia;
(iv) kerjasama Kerajaan Negeri bagi menjayakan program Rakan Muda di peringkat negeri menerusi pelaksanaan program 10 Gaya Hidup, penggunaan fasiliti, penggunaan logo Rakan Muda, penyediaan dana dan pelaporan.
KBS turut memaklumkan bahawa setiap inisiatif/ program/ aktiviti yang sedang/ akan dilaksanakan oleh pihak Kementerian memerlukan kerjasama dan sokongan daripada pihak Kerajaan Negeri dalam memastikan setiap objektif yang ditetapkan tercapai melalui penglibatan semua pemegang taruh berkaitan belia dan sukan khususnya di peringkat akar umbi.
YBrs. Puan Noor Azma Binti Deris, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah hadir bersama YB Tn.Hj Muhammad Radhi Bin Mat Din, Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah ke mesyuarat tersebut. Semoga hasrat bagi memastikan setiap objektif tercapai dapat diperkasakan di negeri Kedah.
ALOR SETAR, 28 FEBRUARI 2024 - Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Kedah telah berlangsung pada 26 Februari 2024 bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Aras 6, Wisma Darul Aman.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah binti Haji Ghazali, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Merangkap Pengerusi PEMADAM Negeri Kedah. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah diwakili oleh Encik Mohd Izuan bin Saidin, Pegawai Pembangunan Sosial.
PADANG TERAP KEDAH, 28 FEBRUARI 2024 –Kunjungan Hormat oleh En. Mohd Farizan Bin Mat Arshad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap kepada Tn. Syeikh Mohd Sayuthi Bin Abdullah, Pegawai Agama Daerah Padang Terap telahpun diadakan pada 27 Februari 2024 (Selasa) bertempat di Pejabat Agama Daerah Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
Tujuan kunjung hormat ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim serta menjalinkan jaringan kerjasama strategik antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dengan Pejabat Agama Daerah Padang Terap, Kedah.
Antara perbincangan ini, usaha kerjasama untuk program pembangunan belia dan rakan muda dalam Daerah Padang Terap serta lain-lain bentuk kerjasama yang boleh dijalankan antara kedua-dua belah pihak. Semoga usaha permulaan ini dapat menghasilkan hubungan yang baik antara kedua-dua pihak.
Kunjungan hormat ini turut disertai oleh En. Wan Syahrin Bin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (Unit Belia) dan En. Mohamad Hasni Bin Mohd Yusof, Pembantu Belia dan Sukan (Unit Rakan Muda).
#teamkbs #jbsnbersama #JBSNKedah #MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
LANGKAWI, 27 FEBRUARI 2024 – Puspanita Cawangan Kecil Daerah Langkawi @ Biro Sukan & Rekreasi dibawah seliaan Puan Nurul Fitriah Hj. Drani selaku AJK, turut terlibat dalam Program Rakan Muda Turun Padang @Langkawi pada 4 Februari 2024 yang lalu bertempat di Kuala Teriang.
Seramai 6 orang ahli Puspanita yang terlibat diberi mandat sebagai ketua aktiviti gotong royong di rumah asnaf yang terlibat dalam program ini.
Tahniah Puspanita Cawangan Kecil Daerah Langkawi.
# TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNbersama
#Malaysia MADANI
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BINTI HJ DRANI(PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, 27 FEBRUARI 2024– Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri dengan kerjasama PIBKS Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menganjurkan Mahsuri Netball Championship Tahun 2024.
Mahsuri Netball Championship Tahun 2024 telah dijalankan di Kompleks Sukan Langkawi (KSL) pada 10 Februari 2024 dengan seramai 13 penyertaan daripada kelab, NGO serta sekolah sekitar Langkawi.
Puan Nurul Fitriah Binti Hj Drani selaku AJK, Biro Sukan & Rekreasi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Langkawi, turut terlibat sebagai Pengurus Pasukan Puspanita.
# TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNbersama
#Malaysia MADANI
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BINTI HJ DRANI(PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, 27 FEBRUARI 2024 - Mesyuarat Agung Puspanita Cawangan Kecil Daerah Langkawi Tahun 2024 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 28 Januari 2024 dan bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah & Tanah Langkawi.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Puan Amila binti Ahmad, Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil, Daerah Langkawi. Seramai lebih 123 orang ahli Puspanita yang hadir ke mesyuarat kali ini. Mesyuarat kali ini diadakan tanpa pemilihan dan Jawatankuasa masih kekal yang lama.
Turut hadir ke mesyuarat tersebut Puan Nurul Fitriah Hj. Drani selaku AJK Biro Sukan dan merangkap Urusetia Hadiah bagi program tersebut.
# TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNbersama
#Malaysia MADANI
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BINTI HJ DRANI(PBSD LANGKAWI)
PADANG TERAP KEDAH, 27 FEBRUARI 2024– Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Kuala Nerang Dalam Kasihku Bil. 02/2024 - Night Run 2024 telahpun diadakan pada 26 Februari 2024 (Isnin) jam 3.00 petang yang lalu bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah & Tanah Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
Mesyuarat ini adalah untuk menyelaras kerja-kerja teknikal dan persiapan terakhir untuk penganjuran Kuala Nerang Night Run yang akan dilangsungkan pada 01 Mac 2024 (Jumaat) nanti.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ybhg. Tn. Azmin Bin Zainol Abidin, Pegawai
Daerah Padang Terap. Hadir bersama En. Mohd Farizan Bin Mat Arshad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
Turut hadir bersama En. Arshad Bin Abdul Wahab dan En. Rosli Bin Ibrahim dari Persatuan Penaja Kuala Nerang Runner Club (KNRC).
#teamkbs #jbsnbersama #JBSNKedah #MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
21 Februari 2024, Kulim - Encik Mohd Zaidi bin Zakariya selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulim menyantuni kehadiran En Wan Ahmad Hazmi bin Wan Hassan Presiden Kelab Bola Sepak Air Merah yang telah berkunjung ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim untuk membincangkan perkara-perkara yang melibatkan pembangunan pemain, pengurusan persatuan serta perancangan aktiviti kelab untuk tahun 2024. Dikesempatan itu juga, Pegawai Belia dan Sukan telah memberi taklimat berkaitan Dana Sukan Komuniti bagi tahun 2024. Ucapan tahniah kepada Kelab Bola Sepak Air Merah yang aktif menjalankan sesi latihan Bola Sepak setiap hujung minggu kepada pelatih-pelatih di kawasan sekitar dan semoga usaha kelab ini dapat melahirkan pemain bola sepak yang berpotensi untuk mewakili negeri Kedah.