PADANG TERAP KEDAH, 04 MAC 2024 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap telah mengadakan majlis “Sanjungan Budi” pertukaran Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap yang akan bertukar keluar pada 29 Februari 2024 (Khamis) yang lalu bertempat di Pekan Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
Kakitangan PBSD Padang Terap yang diraikan pada majlis tersebut iaitu En. Mohd Farizan Bin Mat Arshad, Pegawai Belia & Sukan Daerah Padang Terap bertukar keluar ke Cawangan Pembangunan Potensi, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah berkuatkuasa pada 01 Mac 2024.
En. Wan Syahrin Bin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap menyampaikan cenderahati kepada En. Mohd Farizan Bin Mat Arshad, Pegawai Belia & Sukan Daerah Padang Terap dengan turut dihadiri semua kakitangan dan sebahagian NGO’s PBSD Padang Terap. ‘Selamat Maju Jaya’ di tempat baharu.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 103
