- JBS Kedah
- Hits: 115
PESERTA INDIVIDU LELAKI DAERAH PADANG TERAP KE PENILAIAN AKHIR ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) PERINGKAT NEGERI KEDAH 2024
ALOR SETAR KEDAH, 06 MAC 2024 – Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kedah Tahun 2024 untuk Kategori (Individu) telahpun selesai diadakan sesi penilaian akhir pada 04 & 05 Mac 2024 (Isnin & Selasa) yang lalu bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Kedah, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Muhamad Faiz Bin Tajudin dan Muhammad Syahmi Bin Noordin mewakili Daerah Padang Terap hadir ke sesi Penilaian Akhir Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kedah Tahun 2024 untuk Kategori Individu Lelaki.
Mereka ini merupakan individu yang bergiat aktif dalam melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan, pendidikan, kesukarelawanan dan pembangunan belia untuk komuniti setempat.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 115
