10 Mac 2024, POKOK SENA - Selesai berlangsung sesi perbincangan berkaitan Pelaksanaan dan Pengisian Program Rakan Muda Ramadhan Peringkat Negeri Kedah bagi tahun 2024.
Perbincangan tersebut telah diadakan di Masjid AnNur Daerah Pokok Sena melibatkan Ajk-ajk masjid dan para pegawai Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena. Perbincangan ini turut membincangkan tentang pentadbiran pelaksanaan dan aktiviti-aktiviti program tersebut.
Hadir mewakili Bahagian Pembangunan Rakan Muda Pn. Salwa Bt Senawi, Penolong Pengarah Kanan Rakan Muda bersama para pegawai Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Semoga sesi perbincangan ini dapat melancarkan penganjuran Program Rakan Muda Ramadhan Peringkat Negeri Kedah 2024 dan mencapai matlamat pelaksanaannya serta memberi impak positif secara holistik kepada para peserta/penduduk setempat.
#rakanmuda
#jbsnbersama
#teamjbsn
#teamkbs
- JBS Kedah
- Hits: 94
