- JBS Kedah
- Hits: 116
PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR ANTARA PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH LANGKAWI DENGAN SYARIKAT AIR DARUL AMAN (SADA)
05 Mac 2024, Kuah - PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi telah berjaya menganjurkan perlawanan persahabatan bola tampar antara Puspanita Cawangan Kecil Daerah Langkawi dengan Syarikat Air Darul Aman (SADA).
Perlawanan persahabatan ini telah dilaksanakan pada 27 Februari 2024 bertempat di Gelanggang Bola Tampar Kompleks Sukan Langkawi. Antara tujuan perlawanan adalah untuk mengeratkan hubungan antara PUSPANITA dan agensi dalam daerah Langkawi di samping mengisi masa lapang dengan aktiviti sukan yang sihat.
Puan Nurul Fitriah Drani selaku Biro Sukan & Rekreasi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Langkawi turut hadir sama serta menyelaras acara tersebut.
# TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNbersama
#Malaysia MADANI
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BINTI HJ DRANI(PBSD Langkawi)
- JBS Kedah
- Hits: 116
