- JBS Kedah
- Hits: 74
PEGAWAI UNIT SUKAN, PBSD PADANG TERAP HADIR KE HARI BERTEMU PELANGGAN – PEJABAT PESURUHJAYA SUKAN PERINGKAT NEGERI KEDAH
ALOR SETAR KEDAH, 10 MAC 2024 – Hari Bertemu Pelanggan Bersama Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) telah diadakan pada 08 Mac 2024 (Jumaat) bertempat di Hotel Grand Alora, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap mengambil kesempatan ke atas penganjuran Hari Bertemu Pelanggan bersama Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) ini hadir bertemu dengan pegawai PJS berkenaan bagi menyelesaikan beberapa perkara berkaitan antaranya Pendaftaran Badan Sukan, Pelesenan & Penganjuran Acara Sukan, Pindaan Perlembagaan Kelab-Kelab Sukan, Laporan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) dan Carian Maklumat berkaitan Kelab/Persatuan Sukan di Daerah Padang Terap khususnya.
Pegawai Unit Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap iaitu En. Johardi Bin Rosla, Pembantu Belia dan Sukan telah hadir menemui En. Azri Bin Rahim, Pegawai Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) bagi Zon Utara.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 74
