Pendang , 29 Feb 2024 - Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Pendang Encik Nor Azlan Zainal telah hadir merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Kecergasan Tokai Kali ke-6 Penggal 2024/2025 bertempat di Dewan Komuniti Kampung Batu 16, Pendang.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#TeamJBSN
#MalaysiaMadani
.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD SHAKIR BIN NAWAWI ( PBSD PENDANG )
Alor Setar, 3 Mac 2024 - Mesyuarat Pengurusan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah membincangkan hal ehwal pentadbiran dan semasa Belia, Sukan, Rakan Muda Bil 2/2024 telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah dan dihadiri oleh Encik Samiuon Bin Shomidon, Penolong Pegawai Belia dan Sukan mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pendang.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#TeamJBSN
#MalaysiaMadani
.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD SHAKIR BIN NAWAWI ( PBSD PENDANG )
Pendang , 10 Mac 2024 - Telah berlangsung Program Karnival Komuniti Sihat & Sejahtera Peringkat Daerah Pendang dan Perasmian Kebun Komuniti Rukun Tetangga Taman Mawar, Melor dan Seroja yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Pendang dengan Kerjasama Pejabat Perpaduan Pendang melalui KRT Pendang dan disokong oleh beberapa agensi setempat telah disempurnakan oleh ADUN Tokai, YB Dato Dr Mohd Hayati Othman.
Program ini melibatkan pelaksanaan beberapa acara sampingan seperti pertandingan sukan tradisional, pertandingan memasak, mewarna, demonstrasi memadam kebakaran oleh Jab BOMBA dan Penyelamat Pendang dan karnival jualan barangan keperluan rumah. Pelaksanaan karnival ini mendapat sambutan yang baik dari penduduk setempat. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pendang telah diminta untuk turut sama membantu menjayakan pelaksanaan karnival ini khususnya dalam pertandingan sukan tradisional.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#TeamJBSN
#MalaysiaMadani
.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD SHAKIR BIN NAWAWI ( PBSD PENDANG )
11 Mac 2024,Alor Setar -Ucapan syabas dan tahniah diucapkan kepada Saudara Ahmad Fudhail Bin Ahmad Kenedi kerana berjaya menyelesaikan kesemua komponen yang telah ditetapkan dalam Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Pingat Perak dalam tempoh yang ditetapkan.
Saudara Ahmad Fudhail Bin Ahmad Kenedi merupakan seorang pelajar di Kolej Poly- Tech Mara Alor Setar dan mempunyai kepakaran khusus dalam bidang selaman scuba.Selain itu , saudara Fudhail telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records ( MBOR) atas pencapaian beliau yang memecahkan rekod sebagai individu dan penyelam pertama negara yang berjaya menulis karangan di bawah air selama 1 jam 34 minit.
Pada 5 Mac 2024 , satu Sesi Penyerahan Sijil dan pin Pingat Perak Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda ( ARPRM) telah diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar disampaikan oleh Puan Nazifah Binti Muhamad Zubir dan disaksikan oleh Encik Mohd Shamir Shamsi Bin Md.Lazim.
#pbsdkotasetar
#arprmsilvermedal
#Malaysiamadani
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar
SIK Kedah, 10 MAC 2024 –Selaras dengan amanat yang diberikan oleh pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah berkaitan penubuhan Kelab/persatuan Belia Di Peringkat Daerah yang baru, pegawai unit belia dari Pejabat Belia dan Sukan daerah Sik, Encik Fahmi Mohd Razdi telah mengadakan pertemuan bersama En. Mohamed Nur Azeem bin Hanuar yang merupakan Penolong pemimpin pengakap daerah Sik untuk bekerjasama dalam mengenalpasti golongan belia yang berpotensi dikalangan ahli Persatuan Pengakap yang boleh membentuk satu persatuan/kelab yang baru di daerah Sik.
Selain itu, En Fahmi turut membuat perkongsian tentang penubuhan kelab/persatuan baru dan menerangkan berkaitan syarat-syarat penubuhan secara lebih terperinci.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH : PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH SIK
ALOR SETAR KEDAH, 10 MAC 2024 – Bengkel Training Of Trainer (TOT) Modul Sukarelawan Sistem Myprofil Peringkat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah diadakan pada 07 Mac 2024 (Khamis) bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Bengkel ini anjuran Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES).
Objektif utama pelaksanaan bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada Focul Point yang dilantik supaya mahir dan cekap dalam mengoperasikan sistem tersebut.
Pegawai Unit Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik iaitu Puan Siti Moktaroh binti Mokhtar Pembantu Belia dan Sukan telah hadir mengikuti Bengkel Training Of Trainer (TOT) Modul Sukarelawan Sistem Myprofil ini.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH : PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH SIK
10 Mac 2024 ,Alor Setar ; Badan Operasi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda telah menerima kunjungan daripada Encik Ainullah Bin Derma Suria yang merupakan salah seorang pengajar dari SMK Kubang Rotan yang berminat untuk mengetahui secara mendalam berkaitan program anugerah ini pada 5 Mac yang lalu.
Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda merupakan sebuah program Anugerah yang bertaraf antarabangsa yang diadaptasi daripada Program Anugerah The Duke of Edinburgh's.Antara prinsip program ini ialah , program ini terbuka kepada semua golongan belia yang berusia 14 tahun sehingga 24 tahun dan tidak mengira latar belakang. Selain tidak menjadikan anugerah ini sebagai pertandingan tetapi untuk mendapatkan pengalaman yang yang berharga kepada belia yang menyertainya.
Turut hadir Encik Muhamad Ashraf Bin Md Nor penerima Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Perak juga merupakan bekas pelajar SMK Kubang Rotan.
Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar berharap Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda ini dapat dilaksanakan dengan sokongan semua pihak untuk kebaikan semua terutama para belia dan beliawanis.
#pbsdks
#arprm
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar
10 Mac 2024, Alor Setar - Pada 08.03.2024 yang lalu telah diadakan sesi bertemu pelanggan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) bersama badan-badan sukan Negeri Kedah yang bertempat di Hotel Grand Alora, Alor Setar.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada jawatankuasa penaja M8 Eagle Club yang turut hadir untuk menyelaraskan proses pendaftaran kelab mereka.Alhamdulillah, proses pendaftaran telah berjaya dan kini mereka hanya menunggu sijil pendaftaran yang sah daripada pihak Pejabat Pesuruhjaya Sukan bagi meneruskan perancangan dan pelaksanaan program sukan Pushbike di Langkawi.
# TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNbersama
#Malaysia MADANI
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BINTI HJ DRANI (PBSD Langkawi)
10 Mac 2024, Langkawi - Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Langkawi iaitu En. Mohd Ferdaus telahmembuat lawatan semakan tapak permohonan naiktaraf padang bolasepakKampung Lubuk Setol pada 07.03.2024 yang lalu.
Turut hadir bersama pada sesi lawatan tersebut adalah Penghulu Mukim Bohor, iaitu Penghulu Muzakkir. Sesi lawatan semakan tapak tersebutlebih kepada pemantauan permohonan yang diminta untuk tujuanmenaiktaraf kabel lampu limpah dan penghadang berpagar padangbolasepak dikampung tersebut bagi memberi keselesaan kepada beliadi kawasan itu khususnya untuk tujuan pembangunan sukan bolasepak.
Sesi lawatan tersebut turut membincangkan perancangan masa hadapankelab bolasepak Kampung Lubuk Setol dan pertandingan yang akandilaksanakan.
# TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNbersama
#Malaysia MADANI
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BINTI HJ DRANI (PBSD Langkawi)