- JBS Kedah
- Hits: 72
PERBINCANGAN PERLAKSANAAN PROGRAM RAKAN EKSPRESI: RAKAN MUDA TADARUS AL-QURAN PERINGKAT DAERAH YAN 2024
17 MAC 2024. YAN, KEDAH - Sesi perbincangan bersama Puan Asnatul Adha Bt Ahmad, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Yan dan Encik Mohd Zaki Bin Ahmad, Pengetua Sekolah Menengah Agama Nahdzah telah diadakan pada 14 Mac 2024 (Khamis) bagi perlaksanaan Program Rakan Ekspresi: Rakan Muda Tadarus Al-Quran Peringkat Daerah Yan 2024 yang bermula dari 17 hingga 27 Mac 2024.
Objektif program ini adalah untuk melatih belia untuk membaca, memahami dan mengamalkan al-quran dalam membudayakan kehidupan seharian serta mengeratkan hubungan persaudaraan dan ukhuwah dalam kalangan belia.
Turut hadir Encik Jamadi B. Jamaludin, Unit Belia PBSD Yan dan Puan Hamidah Bt Ahmad, Unit Rakan Muda PBSD Yan.
#TeamJBSN
#Teamkbs
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
DISEDIAKAN OLEH : (PBSD YAN)
- JBS Kedah
- Hits: 72
