YAN, KEDAH. 20 MAC 2024 - Pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Guar Chempedak, telah hadir untuk melaksanakan pemeriksaan dan penilaian keselamatan ke atas ruang pejabat yang disewa oleh Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Yan.
Beliau juga memberi penerangan yang ringkas kepada Puan Asnatul Adha Bt Ahmad, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Yan dan Encik Supri Bin Yunus mengenai keselamatan ruang pejabat. Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Guar Chempedak yang sudi hadir.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
DISEDIAKAN OLEH : (PBSD YAN)
- JBS Kedah
- Hits: 107
