JITRA, 02 Mac 2024 - AADK Daerah Kubang Pasu telah melaksanakan Program "Training of Trainers for Non-Governmental Organization (TOT NGO)" di Pejabat KEMAS Malau hari ini.
Program ini bertujuan untuk memberi latihan kepada NGO yang terlibat dalam bidang pencegahan dadah, pelencongan sosial, kebajikan dan mempromosi gaya hidup sihat melalui sesi ceramah dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK).
Kelab Rakan Muda Daerah Kubang Pasu merupakan antara NGO yang turut serta dalam sesi TOT ini bersama SKUAD Antidadah Daerah Kubang Pasu, JKPD Daerah Kubang Pasu, MCPF Daerah Kubang Pasu, PEMADAM Kubang Pasu, Majlis Belia Daerah Kubang Pasu (MBDKP), YES! POLIMAS, MamaCare, Persatuan Cahaya Harapan, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan COMBI Daerah Kubang Pasu.
Sesi ceramah telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Antidadah AADK Negeri Pulau Pinang, Nor Hajar Aswat Kamis, serta Pengerusi JKPD Daerah Kubang Pasu, Nurun Ihsan Hasbullah.
Program TOT NGO ini diharapkan dapat memberi impak yang positif dalam memperkukuhkan usaha pencegahan dadah serta mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat dalam masyarakat setempat.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kubang Pasu
- JBS Kedah
- Hits: 96
