- JBS Kedah
- Hits: 123
LAWATAN PEMANTAUAN OLEH YADIM BAGI PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN -TADARUS AL-QURAN PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU
BANDAR BAHARU – 26 Mac 2024 – Lawatan oleh Ustaz Mohamad Bilal bin Mohd Zain, Pen. Pegawai YADIM Negeri Kedah dan Perlis ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu untuk Program Rakan Muda Ramadan-Tadarus Al-Quran peringkat Daerah Bandar Baharu pada 26 Mac 2023. Lawatan dimulai dengan sesi penerangan dan taklimat ringkas oleh Puan Fariza selaku pegawai Unit Rakan Muda dan seterusnya penyampaian cenderamata dari YADIM kepada En. Shamsul Qamar, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu.
Seterusnya Puan Fariza mengiringi Ustaz Mohamad Bilal ke Masjid Al-Irsyad,Serdang bagi memantau pelaksanaan program Rakan Muda Ramadan-Tadarus Al-Quran dijalankan. Turut berada bersama dalam pemantauan tersebut adalah Ustaz Shahidi Azizan dan Ustaz Saqif Onn selaku pembimbing bacaan. Program Rakan Muda Ramadan-Tadarus Al-Quran ini telah bermula pada 18 Mac 2024 lalu dan akan berakhir pada 27 Mac 2024.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
- JBS Kedah
- Hits: 123
