- JBS Kedah
- Hits: 75
PESERTA DAERAH PADANG TERAP HADIR KE PROGRAM RAKAN EKSPRESI RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 1445H/2024M
POKOK SENA KEDAH, 31 MAC 2024 – Program Rakan Ekspresi Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Kedah Tahun 1445H/2024M telah diadakan pada 28 Mac 2024 (Khamis) yang lalu bertempat di Masjid An-Nur, Pokok Sena, Kedah Darul Aman.
Objektif program ini adalah untuk melatih belia untuk membaca, memahami dan mengamalkan Al-Quran didalam membudayakan kehidupan seharian serta mengeratkan hubungan persaudaraan dan ukhwah dalamkalangan belia pelbagai latar belakang.
Wakil peserta dari Daerah Padang Terap telah dihadiri seramai 20 orang dari Sekolah Menengah Agama (SMA) As-Siddiqiah Al-Islamiah dan 20 orang dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka untuk Tadarus serta Khatam Al-Quran. Ianya juga melibatkan 2 peserta untuk pertandingan Hafazan dan 2 peserta pertandingan Azan.
Majlis Perasmian Program Rakan Ekspresi Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Kedah Tahun 1445H/2024M telah disempurnakan oleh Pn. Noor Azma Binti Deris .
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap telah dihadiri oleh En. Wan Syahrin Bin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan dan En. Mohamad Hasni Bin Mohd Yusof, Pembantu Belia dan Sukan.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 75
