YAN, KEDAH. 31 MAC 2024 - Program Rakan Ekspresi : Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Kedah Tahun 1445H / 2024M telah diadakan di Masjid An Nur Pokok Sena pada 28 Mac 2024. Antara pengisian program yang dijalankan ialah:
✅ Tadarus Al Quran
✅ Khatam Al Quran
✅ Pertandingan Hafazan
✅ Pertandingan Azan
Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Puan Noor Azma binti Deris, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Turut hadir Tuan Wan Aidil Anwar bin Wan Azlan, Penolong Pegawai Daerah Pendaftaran dan Hasil mewakili Pegawai Daerah Pokok SENA, Encik Ahmad Afif Zuhdi , Penolong Pengarah YADIM Kedah/Perlis mewakili Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) KEDAH/PERLIS, Tuan Hj. Ismail b Jaafar, Imam Masjid An Nur, Pokok Sena.
Puan Hamidah Bt Ahmad, Unit Rakan Muda PBSD Yan turut hadir bersama peserta pertandingan azan dan hafazan.
#TeamJBSN
#Teamkbs
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
DISEDIAKAN OLEH : (PBSD YAN)
- JBS Kedah
- Hits: 71
