- JBS Kedah
- Hits: 104
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET KERAJAAN (JKPAK) DAN MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN (JKPA) BIL 1/2024
ALOR SETAR, 1 April 2024 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) & Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Bilangan 1 Tahun 2024.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pn. Noor Azma Binti Deris Pengarah JBSN Kedah dan ahlinya terdiri daripada pegawai dari ibu pejabat serta pegawai dari semua Pejabat Belia dan Sukan Daerah/ Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Pembentangan berkenaan dengan pengurusan aset dan juga kewangan telah dibuat oleh Urusetia masing-masing. Segala isu di peringkat daerah juga telah diketengahkan dalam mesyuarat berkenaan. Turut hadir En. Kamarol Azlan Bin Abdull Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda.
#JBSNBersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMADANI
#pbsdkualamuda
DISEDIAKAN OLEH: KAMAROL AZLAN BIN ABDULL HAMID(PBSD KUALA MUDA)
- JBS Kedah
- Hits: 104
