- JBS Kedah
- Hits: 72
TAKLIMAT AWAL PELAKSANAAN PROGRAM JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH BAGI TAHUN 2024
ALOR SETAR, 01 April 2024 - JBSNKedah telah menganjurkan satu Taklimat Awal Pelaksanaan Program bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kedah (KOMBES).
Puan Noor Azma Binti Deris ,Pengarah JBSNKedah telah mempengerusikan taklimat ini yang berkaitan tentang pelaksanaan program secara kerjasama bersama Majlis Belia Daerah (MBD) di peringkat daerah. Antara program yang bakal dilaksanakan adalah seperti Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah , Hari Belia Negara , dan Kembara Jumpa Orang Muda (K-Jom) .
Turut hadir , Pegawai Belia dan Sukan Daerah Baling , Puan Siti Salmiah Binti Md Ani dan Pegawai Unit Pembangunan Belia PBSD Baling , En.Danial Shamad Kesvan Abdullah.
#jbsnbersama
#jbsnkedah
#pbsdbaling
#krmbaling
#rakanmuda
Disediakan oleh : Mohd Farid Zakwan Bin Mohtar (PBSD Baling)
- JBS Kedah
- Hits: 72
