28 Mac 2024 – Masjid An Nur, Pokok Sena, telah berlangsung Program Rakan Ekspresi Rakan Muda Ramadhan Peringkat Negeri Kedah 2024. Antara pengisian program yang dilaksanakan bersempena program ini adalah Majlis Khatam Al-Quran, Pertandingan Azan dan Hafazan serta Majlis Berbuka Puasa. Daerah Kulim menghantar seramai 2 orang peserta bagi menyertai pertandingan hafazan dan 2 orang lagi peserta bagi menyertai pertandingan azan. Terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar didikan Maahad Tarbiah Muslim Nusantara yang sudi mewakili Daerah Kulim ke pertandingan tersebut.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH PBSD KULIM
- JBS Kedah
- Hits: 84
