- JBS Kedah
- Hits: 79
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM RAKAN MUDA EKSPRESI: RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI KEDAH 2024
POKOK SENA, 20 MAC 2024 – Satu Mesyuarat Penyelarasan Program Rakan Muda Ekspresi: Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Kedah telah diadakan pada 20 Mac 2024 bertempat di Masjid An Nur, Pokok Sena. Mesyuarat tersebut bertujuan menyusun dan menyelaras aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada program tersebut.
Hadir pada mesyuarat tersebut adalah wakil Pegawai Agama Daerah Pokok Sena, Ahli Jawatankuasa Masjid An Nur dan Ahli Jawatankuasa Program daripada JBSN Kedah. Turut hadir pada mesyuarat tersebut adalah Pegawai Belia Dan Sukan serta semua kakitangan PBSD Pokok Sena. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Puan Salwa binti Senawi, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBSN Kedah.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
DISEDIAKAN OLEH : (PBSD POKOK SENA)
- JBS Kedah
- Hits: 79
