Alor Setar, Kedah , 15 April 2024- Mesyuarat Penyelarasan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Kota Setar telah diadakan di Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar bersama Majlis Belia Daerah Kota Setar. Turut hadir bersama Pengerusi MBD Kota Setar En Mohamad Shukran Bin Mohamad Ribi bersama Encik Aminuddin Bin Ghazali.
Mesyuarat ini membincangkan kaedah pelaksanaan MPBN yang akan melibatkan keahlian yang terdiri daripada Agensi Kerajaan, Badan Gabungan Majlis Belia Daerah Kota Setar, Pakar Rujuk yang akan dijemput serta usul usul yang akan dibahaskan oleh Badan Gabungan MBD mengikut Garis Panduan yang ditetapkan oleh KBS. Program ini dicadangkan akan berlangsung di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Kota Setar pada 5 Jun 2024.
DISEDIAKAN OLEH : PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH KOTA SETAR
- JBS Kedah
- Hits: 81
