- JBS Kedah
- Hits: 71
PERJUMPAAN BERSAMA KETUA INSTRUKTOR SENAMROBIK BAGI PROGRAM SEMARAK HARI BELIA NEGARA 2024
BANDAR BAHARU – 21 April 2024 – Satu perjumpaan bersama Ketua Instruktor Senamrobik iaitu Puan Naszirah Abdul Rahman telah dibuat oleh Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Puan Nur Adila binti Mohamad selaku Pegawai Unit Belia bagi Program Semarak Hari Belia Negara peringkat Daerah Bandar Baharu. Perjumpaan ini telah dibuat pada 21 April 2024 (Ahad) di Majlis Doa Selamat (Aqiqah) salah seorang ahli Kelab Senamrobik Serdang yang merupakan Kelab Sukan dibawah seliaan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu.
Puan Nur Adila Mohamad telah membuat perbincangan secara langsung dengan Puan Naszirah berkaitan perjalanan program semarak yang dirancangkan akan diadakan pada 15 Mei 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
- JBS Kedah
- Hits: 71
