- JBS Kedah
- Hits: 95
MAJLIS PERHIMPUNAN, HARI BERTEMU PELANGGAN, MAJLIS LAMBAIAN BUDI SANJUNGAN KASIH SEMPENA PERSARAAN DAN PERTUKARAN PEGAWAI JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
ALOR SETAR – 25 April 2024 – Warga JBSNKedah merakam jutaan terima kasih kepada para tetamu yang hadir menyerikan Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah bagi tahun 2024 yang telah berlangsung di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kedah. Anggaran seramai 300 tetamu yang mengunjungi HBP JBSNKedah yang melibatkan Jabatan/Agensi/Persatuan Belia/Sukan/Rakan Muda/IPTA/IPTS.
YB Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah, Pengarah (ICU) Negeri Kedah, wakil Jabatan Kebajikan Negeri Kedah dan wakil Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Kedah antara agensi yang dapat hadir menyantuni Hari Bertemu Pelanggan JBSNKedah. Semoga dengan penganjuran HBP ini dapat menyediakan platform kepada stake holders JBSNK memberikan pandangan, mendapatkan maklumbalas dan segala cadangan penambahbaikan akan diperhalusi bagi menyediakan perkhidmatan yang terbaik.
Program dimulai dengan Majlis Perhimpunan Bulanan yang melibatkan warga JBSNKedah di daerah dan negeri. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik telah diwakili oleh En. Zailan Bin Daud,En.Fahmi bin Razdi,En. Mohammad Alia Hanis bin Rosmadi, Puan Siti Moktaroh binti Mokhtar dan Puan Maziliana binti Mohd Zahir. Semoga apa yang disampaikan oleh YBrs Puan Pengarah dapat dijadikan panduan ke arah mengoptimumkan kualiti perkhidmatan.
Majlis juga diserikan dengan Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih sempena Persaraan dan Pertukaran para pegawai JBSNK. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik mengucapkan jutaan terima kasih atas khidmat bakti dan Selamat Maju Jaya kepada para pegawai berikut:~
Pegawai Bersara :-
~ En Mohammad Hamdan B Osman
Pegawai Bertukar :-
~ Pn Siti Hasmah Hassan
~ En Mohd Farizan Mat Arshad
~ En Mohd Farhan Sahidan
~ Pn Rosnah Ismail
~ En Irwan Efendi Jasni
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
#pbsdSik
Disediakan oleh : Siti Moktaroh Binti Mokhtar (PBSD Sik)
- JBS Kedah
- Hits: 95
