- JBS Kedah
- Hits: 87
PERBINCANGAN BERSAMA PEGAWAI DAERAH KOTA SETAR BERSAMA MAJLIS BELIA DAERAH KOTA SETAR BERKAITAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR
Alor Setar, 30 April 2024 – Satu perbincangan awal telah dilaksanakan pada 23 April 2024 yang lalu berkaitan pelaksanaan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Kota Setar yang akan dilaksanakan pada bulan Jun nanti.
Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Kota Setar iaitu Tuan Haji Hakim Ariff Bin Md Noor, SDK., AMK.,bersama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Setar Puan Nazifah Binti Muhamad Zubir dan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Setar Puan Nor Hasimah Binti Abd Hamid serta Pengerusi Majlis Belia Daerah Kota Setar Encik Mohd Shukran Bin Ribi bersama Timbalan Majlis Belia Daerah Kota Encik Mohammad Aminuddin Bin Ghazali .
Pada perbincangan tersebut, Puan Nazifah Binti Muhamad Zubir telah memberi penerangan secara terperinci berkaitan perjalanan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Kota Setar.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar
- JBS Kedah
- Hits: 87
