- JBS Kedah
- Hits: 52
MAJLIS PERHIMPUNAN, HARI BERTEMU PELANGGAN, MAJLIS LAMBAIAN BUDI SANJUNGAN KASIH SEMPENA PERSARAAN DAN PERTUKARAN PEGAWAI JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
25 April 2024, Alor Setar- Warga JBSNKedah merakam jutaan terima kasih kepada para tetamu yang hadir menyerikan Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah bagi tahun 2024 yang telah berlangsung di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kedah. Anggaran seramai 300 tetamu yang mengunjungi HBP JBSNKedah yang melibatkan Jabatan/Agensi/Persatuan Belia/Sukan/Rakan Muda/IPTA/IPTS.
YB Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah, Pengarah (ICU) Negeri Kedah, wakil Jabatan Kebajikan Negeri Kedah dan wakil Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Kedah antara agensi yang dapat hadir menyantuni Hari Bertemu Pelanggan JBSNKedah. Semoga dengan penganjuran HBP ini dapat menyediakan platform kepada stake holders JBSNK memberikan pandangan, mendapatkan maklumbalas dan segala cadangan penambahbaikan akan diperhalusi bagi menyediakan perkhidmatan yang terbaik.
Program dimulai dengan Majlis Perhimpunan Bulanan yang melibatkan warga JBSNKedah di daerah dan negeri. Semoga apa yang disampaikan oleh YBrs Puan Pengarah dapat dijadikan panduan ke arah mengoptimumkan kualiti perkhidmatan.
Majlis juga diserikan dengan Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih sempena Persaraan dan Pertukaran para pegawai JBSNK. Warga JBSNKedah mengucapkan jutaan terima kasih atas khidmat bakti dan Selamat Maju Jaya kepada para pegawai berikut:~
Pegawai Bersara :-
~ En Mohammad Hamdan B Osman
Pegawai Bertukar :-
~ Pn Siti Hasmah Hassan
~ En Mohd Farizan Mat Arshad
~ En Mohd Farhan Sahidan
~ Pn Rosnah Ismail
~ En Irwan Efendi Jasni
Di kesempatan ini juga JBSNKedah bersama Kelab Sukan dan Kebajikan JBSNKedah, Majlis Belia Negeri Kedah, Pejabat Pertubuhan Belia (Zon Utara), PBSD seluruh negeri Kedah turut mengadakan Jamuan Hari Raya kepada para tetamu yang hadir.
#jbsnbersama
#jbsnkedah
#teamkbs
- JBS Kedah
- Hits: 52
